Alumni Bertukar Nama & Wajah

Alhamdulillah. Setelah pertemuan pertama haritu, kami AJK bertindak sebulat suara akan mengubah nama Alumni ini ke satu nama yang lebih indah dan universal. Ianya tidak akan menggambarkan nama SMASU, SMADHM atau nama2 lain yang pernah diberikan kepada sekolah kesayangan kita itu. Nama itu nanti akan kekal sebagai nama untuk alumni bekas pelajar sekolah SMASU, SMADHM dan sebagainya. Dengan ini kita akan bersatu sebagai alumni yang satu dan bersatu padu di bawah satu alumni.


Pengetua sekolah sekarang juga mengalu-alukan sebuah alumni diwujudkan. Pihak AJK telah diberitahu dan kita menuju ke arah itu.

Wajah dan url blog ini mungkin akan berubah sedikit pada masa depan apabila kita mendapat nam baru. Semoga alumni ini dapat menyumbang sedikit kepada semua bekas pelajar, sekolah dan pelajar yang masih belajar. Kerjasama dan sokongan anda semua amat diperlukan. Terima kasih semua.

Terima KasihYang Datang Meeting/Mini Gath

Timo kasih pado semuo yang datang pado meeting tadi. Setelah berbincang ompek muko, kito dah dapek halotuju alumni ni dan tindakan pertamo, kito akan tukar namo alumni ke satu namo yang lobeh sodap dan universal. Hjg bulan januari 2010 kito akan cubo buek mini gathering untuk kumpul seberapa ghamai yang buleh. Insyaallah. Hidup Alumni :)

Meeting Pertama Alumni SMASU


Macam tak cayo. Insyaallah, pado 26hb Disember 2009 akan datang, bertempat di Hotel Starpoints Kuala Lumpur di Jalan Masjid India (berdekatan Semua House) Alumni SMASU akan membuat perjumpaan meeting merangkap Mini Gathering pada sesiapa saja yang Free time tu.


Takdo paksaan tapi kalau dapek menghadirkan diri, silokan lah. Boleh yo kito jumpo konal2. perjumpaan ini akan kito gunakan untuk merancang strategi dan plan untuk Alumni ni bergerak lebih jauh pado maso dopan.

Boleh cek dalam Facebook untuk update event dan ajak la kawan2 yang ado datang sekali yo. Kalau tak tau Starpoints tu kek mano, klik sini.

Sampai jumpo di sano!!!

Host: Alumni SMASU
Type: Meetings - Club/Group Meeting
Network: Global
Date: Saturday, December 26, 2009
Time: 11:00am - 1:00pm
Location: Starpoints Hotel Kuala Lumpur, Jalan Masjid India

Jom Tengok Bangsawan Sinbad! Free!


Korang tau apa itu Bangsawan? Kalau korang ta tau, jom tengok Bangsawan Sinbad-Batu Permata Dewa bermula esok sampai ahad di Panggung Bandaraya DBKL. Bangsawan Sinbad - Batu Permata Dewa merupakan bangsawan terbitan Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara dengan kerjasama DBKL. Bangsawan ini merupakan penutup kepada program Semarak Bangsawan 2009 anjuran JKKN. Masuk PERCUMA. Datang awal untuk memastikan tempat duduk. Persembahan akan diadakan pada 11-13 Disember, 8.30-10.30 malam. Sinbad arahan Rosnan Nordin ini membariskan artis seperti A.Aris kadir, Syafinaz Selamat and Farawaheeda sebagai pendukung utama. Jom sama-sama memeriahkan bangsawan Sinbad - Batu Permata Dewa. Tetamu kehormat ialah YB Menteri KPKK. Untuk keterangan lanjut hubungi 03-2052 3600/3702 (Ezlina) atau 3703 (Hassanal). Layari web jkkn di sini

Jalan Baru Bukit Putus

Rabu ni, 25 November, jam 1 petang, dengan rasminya MB Negeri Sembilan akan bukak jalan baru yang cantik, lughuih dan lawa. Jom samo2 balik ghayo ikut jalan baghu Bukit Putus. Takdo putuih2 dah..:)

Sebarkan Ke Alam Maya

Salam dan selamat berjumpo laie. Kami pihak admin yang cubo nak mengumpulan semuo budak2 SMASU, sapo2 yang ado kontek kawan2 tu, kasitau la yo. Jenguk blog ni dan join Grup facebook. Yang ponting, isi borang keahlian Alumni SMASU. Bukan apo, sonang untuk kito simpan database kek mano semuo bekas2 pelajar dan apo yang dorang tongah buek sekarang. Memang kito merancang nak buek gahtering tapi kalau buleh biarlah mantap sikit dan ramai ahli yang aktif.


Tujuan kito buek Alumni ni pun untuk sambung balik geng2 lamo tak kigho la tuo ko mudo, janji ponah sekolah kek SMASU. Pado semua, mintak email gambar2korang yang terbaru kek alumni.smasu@gmail.com dan kalau ado gambar lamo2 maso sekolah maghin laie elok bagi sekali. Nampak la sikit perubahan eh tu kan. Kok maghin ghambut panjang sampai kono gunting kek Ustaz Rawi, skarang dah botak.ha camtulah..(mcm ceghito diri sendiri yo kan haha..)

(Nada serius) "dan kita jugak nak tubuhkan Tabung Alumni untuk kita membantu setiap ahli Alumni yang memerlukan. Visi kami untuk mendaftar sebagai persatuan yang sah dan insyaallah kalau ada rezeki kita nak tubuhkan Koperasi Alumni dalam projek jangka panjang agar dapat kita berhubung dan membantu sesama kita."

Umak ai loteh ckp KL ni :). Apo2 pon mintak semuo bagi kerjasamo kasitau abag, akak, adik, ombong, acik ko sesapo yg skolah situ maghin yo. Kerjasamo anda didahului dengan jutaan timo kasih daun keladi :)

Assalammmmualaikumm!

Gambar Batch 1992





Gambar Ahli Alumni yang menamatkan Tingkatan 5 pada tahun 1992



Borang Keahlian Alumni

Gambar Kenangan



Gambar kenangan bekas pelajar SMASU ihsan Chuppss



Sejarah SMASU

Pada pertengahan tahun 1966, satu rombongan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid Mukim Serting Ulu telah pergi berjumpa Tuan Sheikh Ahmad (beliau pada masa itu adalah Mufti Negeri Sembilan Darul Khusus) untuk mendapatkan persetujuan beliau bagi membina sebuah masjid di Mukin Serting Ulu. Ahli-ahli Jawatankuasa yang menyertai rombongan ini terdiri daripada :

Abu samah bin Mat Zin (Ketua Kampung)
Razak bin Bawal (Nazir Masjid)
Idris bin ismail (Setiausaha Masjid)
Nordin bin Kohad (AJK Masjid)
Jusa bin Daud (AJK Masjid)

Rombongan AJK ini telah mengemukakan hajatnya kepada Tuan Mufti untuk mendirikan sebuah masjid di Mukim Serting Ulu. Setelah berbincang dengan panjang lebar, Tuan Mufti telah tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Sebaliknya beliau bersetuju untuk mendirikan sebuah Sekolah Agama di Mukim Serting Ulu.

Hasrat untuk mendirikan sebuah masjid di Mukim Serting Ulu telah gagal. AJK telah membincangkan perkara yang telah dicadangkan oleh Tuan Mufti tersebut sewaktu dalam perjalanan pulang. Akhirnya mereka telah sebulat suara bersetuju dengan cadangan yang telah dibuat ileh Tuan Mufti tersebut. AJK telah berjumpa dengan Ketua Kampung Bayai dan Ketua Kmapung Serting Tengah untuk membincangkan semula tentang pembinaan sebuah Sekolah Agama. Di akhir perbincangan tersebut, keputusan telah diambil bahawa pembinaan Sekolah Agama tidak akan diadakan disini. Pada penghujung tahun 1966, Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung telah diadakan di setiap Mukim. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Kampung masing-masing.

Pada 1 Januari 1967, ketiga-tiga kampung ini telah disatukan oleh Kerajaan Negeri. Mesyuarat pertama tersebut telah diadakan di Balai Raya Batu 39, Serting Tengah. AJK yang telah dilantik terdiri daripada :

1. Datuk Musa Lasim bin Pecuk (Ketua Kampung Bayai)
2. Tok Mat Arjo (Ketua Kampung Serting Tengah)
3. En. Abdullah bin Tahir
4. En. Md. Nor bin Ahmad
5. En. Sutin bin Samad
6. En. Silong bin Ibrahim
7. En. Idris bin Ismail
8. En. Karim bin Yassin

Dalam mesyuarat AJK, satu cadangan telah dibuat untuk mengadakan sebuah Kelas Agama di Mukim Serting Ulu. Kelas ini bertujuan untuk menampung anak-anak yang keluar dari sekolah kebangsaan yang berhampiran. Cadangan ini telah diterima sebulat suara. Setiausaha telah diarahkan untuk membuat permohonan pembikinan Kelas Agama tersebut kepada Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus. Pada penghujung bulan November 1986, Jabatan Agam Islam telah meluluskan permohonan tersebut. Mulai 1 Januari 1969, guru-guru yang mengajar dan buku-buku teks pelajaran dibiayai oleh kerajaan. Kelas Agama ini dinamakan Sekolah Agama Rakyat. Sekolah ini ditempatkan di Balai Raya Serting Tengah. Pendaftaran dan kemasukan pelajar-pelajar dibuka kepada lepasan sekolah-sekolah kebangsaan yang tamat darjah enam dari tempat yang berhampiran supaya dapat memasuki tingkatan satu disekolah ini.

Pada tahun pertama (1969), seramai 25 orang murid telah mendaftar. Guru pertama mengajar di sekolah ini ialah Ustaz Jamaludin. Kemudian disusuli oleh Ustazah Supiah binti Bador. Pada tahun 1970, seramai 27 orang murid lagi telah mendaftar dan seorang guru perempuan telah di tambah. Tahun berikutnya (1971), seramai 26 murid telah mendaftar. Memandangkan keadaan Balai Raya yang kecil dan tidak dapat menampung jumlah murid yang semakin ramai serta peralatan sekolah yang hanya dibiayai oleh Ajk, maka satu tindakan harus diambil.

Satu mesyuarat telah diadakan oleh AJK pentadbiran Sekolah-sekolah Agama Negeri Sembilan Darul Khusus iaitu Tuan Haji Mustafa bin Haji Ahmad yang mewakili pihak jabatan untuk menguruskan satu tapak sekolah baru seperti yang ada sekarang.

Untuk mendirikan bangunan sekolah baru ini pihak AJK telah memungut derma dari orang ramai. Tuan Wan Fizi (Pegawai Perhutanan Daerah Kuala Pilah) telah menyumbangkan 1/3 daripada nilai perbelanjaan bangunan sekolah. Bakinya iaitu 2/3 adalah hasil sumbangan daripada orang ramai dan termasuk satu ribu ringgit sumbangan daripada YB. Dato' Thong Han Kim (Wakil Rakyat Bahau). Pembinaan sekolah ini telah dilaksanakan secara bergotong-royong.

Selepas dua tahun dugunakan, pihak Jabatan Agma Islam Negeri Sembilan Darul Khusus mendapati sekolah ini tidak sesuai lagi digunakan. Jabatan Agama dengan murah hati telah memberi peruntukan membina bangunan dua tingkat yang ada sekarang berserta dengan dua buah rumah guru. Pada penghujung tahun 1974, bangunan sekolah ini telah siap dibina. Sekolah ini hanya dapat menanpung murid-murid sehingga tingkatan tiga sahaja. Murid-murid yang berjaya dalam peperiksaan SRP akan melanjutkan pelajaran mereka ke sekolah lain. Pada tahun 1975, bilangan murid yang memasuki sekolah ini semakin meningkat. Permohonan kemasukan murid-murid terpaksa ditapis bagi mereka yang datang dari jauh. Atas desakan ibubapa, pihak AJK telah menyediakan sebuah mini asrama untuk murid perempuan. Murid lelaki pula telah ditempatkan di rumah guru yang dijadikan asrama mereka. Pada masa itu bilangan penghuni asrama seramai 150 orang.

Pada awal tahun 1985, pihak Jabatan Agma Islam telah mendirikan sebuah bangunan tiga tingkat . Pada awal tahun 1986, bangunan ini telah dapat digunakan oleh murid-murid. Pengetua sekolah pada ketika ini ialah Ustaz Haji Osman bin Ismail yang mengantikan Ustaz Jamaludin yang telah ditukarkan pada tahun 1978.Ustaz Haji Osman telah dibantu oleh 9 orang guru. Ustaz Haji Osman telah bersara pada pertangahan tahun 1986. Beliau telah digantikan oleh Ustaz Surul bin Miri. Pada waktu itu bilangan pelajar telah meningkat ke angka 300 orang. Terdapat seramai 10 orang guru terlibat dalam pengajaran. Pada awla tahun 1989, Ustaz Surul telah bertukar ke sekolah Menengah Agama Ampangan dan digantikan oleh Ustaz Haji Kudus bin Haji Zainal. Pada masa itu terdapat seramai 20 orang guru yang mengajar di sekolah ini.Guru-guru ini adalah terdiri daripada guru-guru yang dipinjamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga guru-guru yang ditaja oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus.

Pada pertengahan tahun 1994, Ustaz Haji Kudus telah berpindah ke Sekolah Agama di bawah Kementerian Pendidikan dan tempatnya digantikan oleh pengetua yang baru iaitu Ustaz Abdul Malik bin Shamsudin. Dibawah pengurusan dan pentadbiran beliau, terdapat pelbagai kemajuan dan pembangunan yang telah beliau usahakan. Antaranya ianlah bangunan Asrama Puteri, Dewan Khalid Al Walid, dan juga bangunan Kemahiran Hidup Bersepadu. Beliau kemudiannya ditukarkan ke Sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh pada tahun 2003. Bermula pada tahun 2003 sehingga sekarang Ustaz Kamaruzaman bin Jaafar telah menjadi pengetua bagi Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa. Dibawah pimpinan beliau, pentadbiran sekolah telah berjalan dengan lancar dan disamping itu beliau telah berusaha keras untuk membaikpulih bagunan sekolah dan juga asrama. Selain daripada itu, bilangan pelajar telah bertambah dari masa ke semasa di atas permintaan yang tinggi daripada kalangan ibubapa dan penduduk setempat.

Selamat Datang

Selamat Datang ke blog Alumni SMASU (Sekolah Menengah Agama Serting Ulu). Blog ini adalah blog rasmi bekas pelajar yang bernaung di bawah nama SMASU. Kami berharap semua bekas pelajar di bawah naungan SMASU khasnya dapat menghubungi pihak admin untuk mengemaskini data semua ahli.


Buat masa ini keahlian adalah percuma dan kami berharap dapat mengumpulkan seramai ahli yang boleh untuk kita saling kenal mengenal dan dapat merapatkan ukhuwah dan sillaturahim yang pernah terjalin. Semoga penubuhan Alumni ini dapat memberi sedikit sumbangan kepada semua ahli dan mana-mana pihak yang terlibat. Amin.

Azmi


*Pihak admin boleh dihubungi dengan:
Email : alumni.smasu@gmail.com
YM : motstudio
Twitter : alumnismasu
Tel/sms : +6 0132696710


I made this widget at MyFlashFetish.com.